A+ R A-

Pusat Haemodialisis Zakat (PHZ)

phz

Tujuan utama penubuhan PHZ adalah tidak lain dan tidak bukan dengan memberi rawatan secara PERCUMA kepada pesakit beragama islam yang memerlukan. Jumlah kos yang ditanggung saban tahun oleh ZPP adalah sebanyak RM6 juta dengan menggunakan dana dari sumber zakat dalam menguruskan pusat haemodialisis ini.

Kos sekali rawatan bagi seorang pesakit adalah sebanyak RM300 - RM350 dan mereka memerlukan 3 kali rawatan dalam seminggu. Cuba anda kira berapa jumlah yang perlu ditanggung untuk seminggu? sebulan dan setahun?

PHZ, ZPP kini mempunyai pesakit seramai 199 orang dan ditempatkan di beberapa cawangan. Sehingga kini PHZ mempunyai 8 cawangan dibeberapa lokasi diseluruh Pulau Pinang iaitu di PHZ Bukit Mertajam, PHZ Butterworth, PHZ Nibong Tebal, PHZ Kepala Batas, PHZ Tasek Gelugor, PHZ Bayan Lepas, PHZ Georgetown dan PHZ Balik Pulau.

 

Syarat permohonan:

1. Beragama Islam
2. Warganegara Malaysia
3. Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangny 3 tahun.
4. Disahkan menghidap penyakit kegagalan fungsi ginjal perinkat akhir (End Stage Renal Failure [ESRF])
5. Tidak menghidap penyakit kronik yang berjangkit.

 

Bagaimana memohon?

1. Permohonan melalui borang yang disediakan ZPP.
2. Borang boleh diambil dimana-mana kaunter ZPP yang berdekatan.
3. Surat pengesahan doktor dan agensi penaja diperlukan seperti PERKESO, JPA, ATM, VETERAN dan sebagainya.

 

Maklumat lanjut hubungi Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ZPP ditalian 04-538 2003 atau HQ ZPP ditalian 04-549 8088

Harga Emas Semasa:RM166.85

Nisab: RM14,700

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Sehingga MEI 2018) 
Kutipan RM53,276,380.42
Agihan RM43,501,124.50

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome
 look here . https://alternativetreatmentsforepilepsy50.yolasite.com/