A+ R A-

Inapan Kasih Sayang (IKS)

inapan2

 

Inapan Kasih Sayang ditubuhkan bagi membantu anak-anak asnaf mendapat pendidikan yang lengkap dan sempurna dari sekolah sehingga ke asrama melalui pembiayaan yuran dan bantuan pakaian seragam sekolah, kemudahan kelas tuisyen, kelas agama, perpustakaan mini, bilik komputer dan sebagainya.

Bangunan ini merupakan sumbangan daripada Inai Kiara Sdn. Bhd. di atas sebahagian tanah wakaf milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada tahun 2008 dan diserahkan kepada Pusat Urus Zakat pada tahun 2011 bagi merealisasikan impian mewujudkan sebuah asrama untuk anak-anak fakir miskin. Asrama ini mempunyai tiga blok utama iaitu asrama lelaki, asrama perempuan dan bangunan pentadbiran termasuk pejabat, dewan utama, dewan makan dan surau. Asrama ini mempunyai 60 bilik dengan jumlah penghuni bagi setiap bilik seramai 3 orang.

Inapan Kasih Sayang telah mula dibuka secara rasminya pada sesi persekolahan 2012 kepada pelajar-pelajar darjah empat, lima dan enam dengan pengambilan pertama (first batch) seramai 86 orang dengan 52 orang pelajar perempuan dan 34 orang pelajar lelaki. Semua penghuni asrama ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ara Rendang, Kepala Batas.

Lawati dan 'like' Facebook Inapan kasih Sayang.

FacebookLogo

 inapan

 

 

Harga Emas Semasa:RM178.01
Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Sehingga Julai 2017) 
Kutipan RM54,010,757.56
Agihan RM55,685,022.56

news

ezakatJompay

galeri

hubungi

hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome