5 SYARIKAT KORPORAT TUNAI ZAKAT
24 Disember 2020, Kepala Batas : Majlis telah berlangsung di Penang Golf Resort ini telah disempurnakan oleh YB. Dato Ir' Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ahli Lembaga Pengarah ZPP serta pembayar pembayar zakat korporat. Dalam majlis tersebut Ketua Pegawai Eksekutif ZPP turut memaklumkan bahawa Zakat Pulau Pinang telah melancarkan portal terbaru iaitu zakatpenang2u untuk kemudahan Muzzakki dan juga Mustahiq di negeri ini.
Majlis serahan zakat tersebut telah dimulai oleh :
- Penolong Naib Presiden Udaland ( North) Sdn. Bhd, En. Mohd Fisal Ibrahim Aup yang berjumlah RM361,567.52 bagi haul 2019.
- Ketua wilayah Pulau Pinang Telekom Malaysia Berhad, Tuan Haji. Zailani Ismail yang berjumlah RM211,062 bagi haul 2019.
- Pengurus Kewangan Malaysia Industrial Delevop Finance Berhad (MidF) Wilayah Utara, En. Muhammad Nazmi Nawi yang berjumlah RM200,000 bagi haul 2019.
- Pengarah Urusan Al-Hadad Marketing Sdn. Bhd, En. Syed Ageel Dato' Syed Mohd Mahayadin yang berjumlah RM100,000 bagi haul 2020
- Perunding Operasi Gerbang Alaf Restaurant Sdn. Bhd (McDonal), En. Abd Razak Abd Ghanee yang berjumlah RM75,000 bagi haul 2019
Moga dengan tertunainya zakat daripada syarikat korporat ini dapat lagi membantu asnaf asnaf yang lebih memerlukan.

