7 Disember 2016 - Pembayaran Saguhati Guru Agama Dan Quran Negeri Pulau Pinang 2016
7 DISEMBER 2016, Kepala Batas - Seramai 2,798 orang guru-guru agama dan guru Al-Quran negeri Pulau Pinang menerima sumbangan saguhati dari peruntukan wang zakat yang ditunaikan di Zakat Pulau Pinang. Majlis yang berlangsung di Dewan Millenium, Kepala Batas itu telah disempurnakan oleh YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, YB Dato Haji Mohd Salleh Man itu menyaksikan jumlah agihan sebanyak RM1,678,800.00. Majlis ini diadakan saban tahun bagi memberi motivasi serta menghargai usaha serta penat lelah guru-guru agama dan guru Al-Quran mendidik anak-anak kita. Terima kasih pembayar zakat kerana terus bersama ZPP.