Zakat Tint
Zakat Pulau Pinang sentiasa berusaha mempelbagaikan kemahiran kepada asnaf. Kali ini Zakat Pulau Pinang mencuba idea baru melalui penubuhan Zakat Tint (Kedai Tinted Kereta). Penduduk Pulau Pinang terutamanya pembayar zakat diseru agar sama-sama memberi sokongan kepada asnaf yang terlibat dengan berkunjung ke premis ini sekiranya memerlukan khidmat pemasangan tinted kenderaan ataupun bangunan. Zakat Tint terletak di hadapan Kolej Komuniti Bukit Mertajam dan telah beroperasi beberapa bulan yang lalu. Semoga dengan usaha ini mampu memberi kejayaan kepada ZPP melalui pengagihan wang zakat dalam bentuk bengkel kemahiran.
Z P P - Zakat Pemangkin Prospek