A+ R A-

31 Mei 2016 : Program Nur Ramadhan 2016

KEPALA BATAS, 31 Mei 2016 - Seperti setiap tahun, program ini diadakan bagi mengagihkan sumbangan zakat kepada asnaf fakir miskin sempena bulan Ramadhan.

Program siri 1 tahun ini berlangsung di Dewan Millenium. Seramai 1,838 orang penerima bantuan bagi sekitar daerah Seberang Perai. Majlis telah disempurnakan oleh TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.Nilai agihan bantuan adalah berjumlah RM 1,231,460.00. 

Program Nur Ramadhan siri ke- 2 pula kali ini diadakan di Tapak Pesta, Sungai Nibong pada 2 Jun 2016 lalu. Melibatkan penerima dari daerah Timur Laut dan Barat Daya. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Mustafa Kamal Yusoff, Ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang. Kali ini seramai 740 orang penerima. Nilai agihan pada hari tersebut pula adalah sebanyak RM 465,800.00.

Dalam majlis di Tapak Pesta Sungai Nibong, 2 buah syarikat korporat telah bersama untuk menyerahkan zakat perniagaan melalui ZPP. Dua buah syarikat tersebut adalah Telekom Malaysia Berhad dan QSR Brands (M) Holdings Sdn. Bhd.

Kesemua asnaf menerima wang tunai sebanyak RM600 berserta hamper dan beras. Pada tahun ini, Zakat Pulau Pinang memperuntukkan keseluruhannya sebanyak RM 6,629,200.00 untuk diagihkan di sepanjang bulan Ramadhan. Moga dengan bantuan ini, meringankan beban asnaf fakir miskin. Terima kasih pembayar zakat.

13392080 1014726951974533 2239505652398248562 o

TYT Tun Dato' Seri (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas menyerahkan replika cek bantuan Nur Ramadhan kepada Dato' Haji Mohd Salleh Man sebagai simbolik untuk diagihkan ZPP disepanjang bulan ramadhan 1437H/2016M. Turut bersama di pentas adalah YB Dato' Abdul Malik Abul Kassim, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (2 dari kiri) dan YBhg Dato' Haji Sazali Hussein, Pengarah Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

13323715 1014729938640901 7345862535707735394 o

Sebahagian penerima yang hadir di Dewan Millenium, Kepala Batas.

13329556 1014729618640933 6635763316742046476 o

TYT Tun Dato' Seri (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas menyerahkan sumbangan kepada para penerima.

13329379 1014726651974563 4057224791653860528 o

Petugas membantu penerima yang memerlukan bantuan.

13403772 1014730388640856 8297350725466278407 o

Sepasang suami isteri istimewa turut hadir ditemani waris mereka.

13392069 1014726665307895 5041159008385775567 o

Petugas menyusun hamper dan beras yang akan diagihkan.

 13392234 1014740098639885 7610064923989357636 o

YBhg Dato' Mustafa Kamal Yusoff, Ahli Lembaga Pengarah ZPP menyampaikan bantuan kepada penerima di Tapak Pesta Sungai Nibong.

13403225 1014739885306573 6563050010573783626 o

YBhg. En. Mohd Roslan Mohd Saludin, Pengurus Besar Jabatan Syariah & Pematuhan Halal QSR Brands (M) Holdings Sdn. Bhd menyerahkan zakat perniagaan mewakili 3 buah anak syarikat kepada YBhg Dato' Mustafa Kamal Yusoff sambil disaksikan YBhg. Puan Hajjah Aida Yusuf Rawa yang juga Ahli Lembaga Pengarah ZPP.

13403265 1014739881973240 4583979266386842917

YBhg. Tuan Haji Ahmad Azhari Ismail, Pengurus Besar Negeri, TM Pulau Pinang menyerahkan zakat perniagaan Telekom Malaysia.

Harga Emas Semasa: RM 200.43

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(sehingga JUL 2019)
Kutipan: 
RM 71,002,240.88
Agihan: RM 64,516,287.99

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome