A+ R A-

Zakat Wang Simpanan

zsimpanan

 

Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram).

 

KAEDAH KIRAAN ZAKAT WANG SIMPANAN

· Simpanan Tetap
Bagi pengiraan zakat simpanan ini, hendaklah dipastikan wang simpanan itu telah melebihi nisab bagi tahun berkenaan dan simpanan tersebut hendaklah mencukupi setahun Qamariah(354 hari). Maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.

· Simpanan Biasa
Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki terendah dan berakhir haul bagi simpanan tersebut.

· Simpanan dalam satu akaun
Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan baki terendahnya (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.

· Simpanan dalam beberapa akaun

Untuk menentukan baki terendah, semua akaun-akaun simpanan tersebut perlu disatukan. Biarpun pendeposit mempunyai pelbagai akaun simpanan, tetapi pada hakikatnya pendeposit mempunyai satu simpanan sahaja.

Jika simpanan dalam salah satu akaun sudah mencukupi atau melebihi nisab (nilai 85 gram emas), maka simpanan di dalam buku-buku lain, walaupun kurang dari nisab, wajib dikenakan zakat.


 CONTOH:

Simpanan di Tabung Haji berjumlah RM15,000.00 dan di dalam akaun kedua berjumlah RM2,000.00, makan akaun kedua tersebut adalah wajib zakat, iaitu :

RM2,000.00 x 2.5% = RM50.00.

· Zakat hanya dibayar setahun sekali. Jika pemilikan kita berterusan, zakat simpanan wajib dkeluarkan untuk tahun berikutnya.

 

 

Harga Emas Semasa:RM178.01
Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Sehingga Julai 2017) 
Kutipan RM54,010,757.56
Agihan RM55,685,022.56

news

ezakatJompay

galeri

hubungi

hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome