A+ R A-

Zakat Fitrah

zfitrah

 

Pengenalan

Zakat Fitrah merupakan suatu amalan yang dapat menyucikan diri manusia dari sudut peribadatan.

 Dalil Zakat Fitrah

Hadis Nabi SAW yang bermaksud :

Rasullullah s.a.w telah memfardhukan zakat fitrah pada bulan Ramadhan ke atas manusia dengan mengeluarkan satu gantang kurma atau satu gantang syair ke atas tiap orang merdeka atau hamba lelaki atau perempuan yang terdiri daripada orang Islam. (Riwayat Muslim)

Diberitakan oleh Ibnu Abbas r.a katanya :
Maksudnya : Rasulullah s.a.w telah memfardhukan zakat fitrah (pada bulan Ramadhan) untuk menyucikan bagi orang yang berpuasa daripada segala perkataan yang keji dan buruk, (yang dilakukan ketika berpuasa) dan untuk menjadikan makanan bagi orang-orang yang miskin...
(Riwayat Ibnu Majah)

 Pengertian Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri (badan) yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat Wajib Mengeluarkan Fitrah

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya
2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
4. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

 

Kadar Fitrah
Nilai zakat fitrah bagi negeri Pulau Pinang bagi tahun 1437H ialah RM7.00 seorang. Pada kebiasaannya ketua keluarga akan membayar kepada amil di masjid yang berdekatan dalam bulan Ramadhan.

 Waktu Mengeluarkan Fitrah

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5 :-

1. Waktu wajib - Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2. Waktu yang paling afdhal - Sebelum sembahyang Hari Raya
3. Waktu sunat - Sepanjang bulan Ramadhan
4. Waktu makruh - Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
5. Waktu haram - Selepas terbenam matahari satu Syawal.

*Walau bagaimanapun dinasihatkan supaya zakat fitrah dikeluarkan pada hari pertama bulan Ramadhan sehingga sebelum sembahyang hari raya pada satu Syawal bagi mengelakkan kesukaran kepada amil-amil yang mengutip zakat.

*Berkenaan waktu yang paling afdhal mengeluarkan fitrah, terdapat berbagai pendapat ulama', tetapi yang pastinya ianya dikeluarkan sebelum sembahyang Hari Raya. Sebagaimana yang dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah seperti berikut yang bermaksud :

...Maka sesiapa mengeluarkan (fitrah) sebelum sembahyang Hari Raya maka itulah zakat yang diterima dan sesiapa mengeluarkannya sesudah sembahyang Hari Raya maka pengeluarannya itu merupakan sedekah sahaja. (Riwayat Ibnu Majah)

 

 

 

Harga Emas Semasa:RM178.01
Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Sehingga Julai 2017) 
Kutipan RM54,010,757.56
Agihan RM55,685,022.56

news

ezakatJompay

galeri

hubungi

hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome