A+ R A-

Info Kutipan

zakat

 

PENGERTIAN ZAKAT

Dari sudut bahasa : Bersih, Suci, Subur, Berkat dan Berkembang

Dari sudut syarak : Zakat membawa maksud mengeluarkan sebahagian dari harta tertentu untuk diberikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya apabila telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

 

JENIS-JENIS ZAKAT

Zakat terbahagi kepada dua:

A- Zakat 'maliah' iaitu zakat harta benda.

B- Zakat 'badaniah' iaitu zakat fitrah

 

ZAKAT HARTA :

  • 1- Zakat Harta
  • 2- Pendapatan
  • 3- Simpanan
  • 4- Emas/Perak
  • 5- KWSP
  • 6- Perniagaan
  • 7- Tanaman/Ternakan
  • 8- Saham
  • 9- Qadha

 

ZAKAT BADAN :

  • Zakat Fitrah atau zakat 'badaniah' ialah zakat tubuh badan.
  • Pengertian - Zakat fitrah diwajibkan bersempena dengan bulan Ramadhan dan juga hari raya Fitrah (aidil-Fitr). Diwajibkan keatas individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Nabi s.a.w bersabda menerusi riwayat Ibn Umar :
     
     
    "Maksudnya : Rasullulah s.a.w telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas orang yang merdeka, hamba sahaya lelaki,perempuan dan kaum muslimin."

  • Syarat wajib zakat fitrah :
    • i- Islam
    • ii- Merdeka
    • iii- Mempunyai harta lebih daripada keperluan untuk sendiri dan tanggungannya pada hari raya dan malamnya. 

 

SYARAT-SYARAT WAJIB BERZAKAT

1. Beragama Islam 

Yang memiliki harta/wang simpanan, wang emas atau perak, saham, ahli perniagaan, menternak binatang, bertani (padi) dan bekerja sama ada di jabatan kerajaan atau swasta yang memperolehi gaji bulanan.

 

2. Sempurna Milik

Pemilikan ke atas harta tersebut mestilah sempurna (yakni tidak ada hutang dan bebas untuk menggunakannya)

 

3. Merdeka
Orang Islam juga mestilah merdeka sepenuhnya

 

4. Cukup Nisab
Harta itu mestilah cukup nisab iaitu bersamaan 85 g emas atau lebih kurang RM 4,000 (mengikut harga emas semasa)

 

5. Cukup Haul
Harta yang dimiliki itu juga mesti cukup tempoh satu tahun Hijrah (354 hari)

 

6. Niat Untuk Berniaga
Orang yang menjalankan perniagaan/perkhidmatan mempunyai niat untuk berniaga iaitu mendapatkan keuntungan (Zakat Perniagaan)


 

Hak Pembayar Zakat

  • Menunaikan Zakat pada masanya.
  • Memberi maklumat yang tepat untuk taksiran Zakat.
  • Menunaikan Zakat bagi pihak tangunggan atau amanah yang dipegang.
  • Mengingatkan rakan taulan dan saudara mara akan tanggung jawab menunaikan Zakat.
  • Menyalurkan maklumat pihak atau individu lain yang layak menerima Zakat.

 

Harga Emas Semasa:RM178.01
Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Sehingga Julai 2017) 
Kutipan RM54,010,757.56
Agihan RM55,685,022.56

news

ezakatJompay

galeri

hubungi

hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome