A+ R A-

Skim Potongan Gaji

PANDUAN PEMOHON

  1. Skim Potongan Zakat Bulanan ini terbuka kepada semua kakitangan sektor kerajaan, badan-badan berkanun dan sektor swasta beragama islam.
  2. Borang kebenaran potongan gaji ini hendaklah diisi oleh pemohon dalam tiga (3) salinan dan diserahkan ketiga-tiga salinan kepada Zakat Pulau Pinang (ZPP).
  3. Jumlah potongan gaji ansuran boleh ditentukan sendiri atau merujuk kepada ZPP.
  4. Penyata rasmi pembayaran akan dihantar kepada pembayar ke alamat yang tercatat di dalam borang kebenaran potongan gaji pada Februari / Mac setiap tahun bagi kegunaan rebet ( Tolakan ) cukai pendapatan individu.
  5. Sekiranya berlaku pertukaran alamat surat menyurat, sila maklumkan kepada ZPP.
  6. Sebarang perubahan jumlah bayaran ( penambahan, pengurangan dan pemberhentian ) hendaklah dimaklumkan kepada pihak ZPP. ZPP akan mengeluarkan surat arahan rasmi kepada majikan.

 

PANDUAN MAJIKAN

  1. Kebenaran potongan gaji untuk bayaran zakat secara ansuran diberi kepada ZPP oleh Jabatan Buruh di bawah Seksyen 24(2)(e) Akta Kerja (1955).
  2. Pembayaran zakat akan dikreditkan pada tarikh penerimaan bayaran. Surat pengesahan penerimaan bayaran akan dihantar kepada pihak majikan sebagai bukti penerimaan bayaran.
  3. Bagi pemohon yang dikenakan Potongan Cukai Berjadual (PCB) dan telah membayar zakat, majikan hendaklah mengurangkan atau memberhentikan jumlah PCB berdasarkan jumlah zakat yang dibayar (Pindaan LHDN 2000).
  4. Pembayaran dengan cek hendaklah ditulis atas nama Zakat Pulau Pinang dan dialamatkan kepada : Pengurus Besar, Zakat Pulau Pinang, No.4 Jalan Perda Selatan, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam.
  5. Bagi pencarum yang ingin membuat pemberhentian zakat bulanan, dipohon untuk memuat turun serta mengisi Borang Pemberhentian Potongan Gaji. Seterusnya borang tersebut hendaklah di email atau fakskan kembali kepada Bahagian Potongan Gaji untuk tindakan seterusnya.
  6. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan potongan zakat, sila hubungi ditalian terus 04- 549 8150 , 8149 (Bahagian Potongan Gaji) atau E-mail ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

borangpStopgaji  borangpgaji bgajionline

 

Harga Emas Semasa:RM175.26

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Sehingga Ogos 2017) 
Kutipan RM60,401,528.64
Agihan RM68,697,679.83

news

ezakatJompay

galeri

hubungi

hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome
 yousef al otaiba